SAHABAT BAIK
Nama saya Muhammad Hilmi Syakir Bin Mohd Ridzuan Narayanan. Umur saya 19 tahun. Saya mempunyai kawan baik yang bernama Muhammad Muhammad Haris Hazeeq bin Abdullah . Nama panggilan yang biasa dipanggil ialah Oggy. Oggy berumur 19 tahun sama seperti umur saya. Kami menjadi kawan baik sejak kami berada di INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA WAKAF TAPAI. Disinilah tempat kami berdua kali pertama berjumpa. Oggy adalah seorang yang baik hati dan mudah untuk bergaul.
Oggy berasal daripada Kuala Lumpur,Cheras. Oggy mempunyai 6 adik beradik.Oggy ialah anak yang ke empat . Walaupun kami tinggal berjauhan tetapi kami tetap berkawan rapat . Makanan kegemaran Oggy adalah nasi ayam. Minuman kegemaran Oggy pula adalah air coklat.Oggy juga mempunyai haiwan peliharaan kasayangan nya iaitu hamster yang diberi nama mia. Hobi Oggy pula bermain pingpong.Oggy sangat pandai ketika bermain pingpong. Saya selalu bermain pingpong dengannya dan memintanya untuk mengajar saya bermain pingpong. Oggy juga pandai bermain sepak takraw . Posisi yang dimain oleh Oggy adalah feeder. Oggy sangat handal ketika bermain sepak takraw.
Oggy adalah seorang yang baik dan rendah diri. Oggy suka menabung untuk masa depannya. Dia selalu meletakkan duit lebihan hariannya kedalam tabung setiap hari. Oggy juga seorang yang suka menolong orang. Sikap seperti Oggy dapat mengeratkan lagi hubungan antara sesama manusia . Ketika saya dalam kesusahan Oggy selalu berada di samping saya dan sedia untuk mambantu saya walau apa cara sekalipun.
Kawan baik saya berbadan sado. Ramai orang tidak berani untuk membulinya. Saya berasa selamat ketika berada bersama Oggy. walaupun Amer mempunyai badan yang sado tetapi Oggy mempunyai hati yang baik dan suka bantu membantu antara satu sama lain. Saya dan Oggy tidur didalam dorm bilik yang sama. Oggy selalu bangun awal setiap pagi untuk sembahyang subuh dan sarapan pagi . Oggy selalu membangunkan saya pada awal pagi untuk solat dan sarapan.
Ya Allah,
Jangan Engkau tinggalkan untuknya
suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya.
Tiada suatu dukanya melainkan telah
Engkau hilangkan daripadanya.
Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai.
Dan tepat untukya melainkan telah
Engkau tunaikan segalanya baginya.
Tiada suatu kesakitan melainkan telah
Engkau sembuhkannya.
Ya Allah, Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya
kesejahteraanMu dan mendadaknya
seksaMu dan berbagai macam murkaMu.
Ulasan
Catat Ulasan