makanan dan minuman kegemaran saya
Makanan Kegemaran Saya
Nama saya MUHAMMAD HILMI SYAKIR BIN MOHD RIDZUAN NARAYANAN saya berumur 19 tahun tinggal di kuala terengganu .
Saya ingin bercerita tentang makanan kegemaran saya. Setiap orang ada makanan kegemaran masing-masing. Begitu juga dengan saya. Makanan kegemaran saya ialah nasi goreng ikan masin.
Saya sangat suka makan nasi goreng ikan masin terutamanya jika dimasak oleh ibu tersayang saya. Setiap kali pulang dari sekolah, ibu tersayang saya akan memasak nasi goreng ikan masin kesukaan saya. Saya akan makan dengan gembira sekali.
Nasi goreng yang dimasak oleh ibu sangat berlainan dari mana-mana kedai makan mahupun restoran. Ibu akan memasukkan sayur-sayuran seperti lobak merah,sawi ,lada merah bawang putih dan bawang holland kerana saya sangat menyukai nasi goreng ikan masin yang mempunyai banyak sayur. Saya akan makan nasi goreng ikan masin itu sehingga habis.
Ibu akan menyediakan makanan kegemaran saya pada setiap pagi. Kadang-kadang saya membawa bekal nasi goreng ikan masin ke sekolah untuk dinikmati bersama kawan-kawan. Mereka juga suka nasi goreng ikan masin yang dimasakan oleh ibu saya.
Oleh kerana saya sangat sukakan nasi goreng ikan masin, saya bercita-cita ingin membuka sebuah restoran yang mana menu utamanya adalah nasi goreng ikan masin. Resepi asal hidangan tersebut saya akan gunakan resepi ibu saya. Saya mahu semua orang akan merasai makanan kegemaran saya itu.
Saya berharap cita-cita saya akan tercapai. Terima kasih ibu kerana selalu menyediakan nasi goreng ikan masin pada setiap hari.
Ulasan
Catat Ulasan